Thursday, December 15, 2011

Hala tuju Harimau Malaya dan Bola Sepak Malaysia part 1

terlebih dahulu saya akan membahasakan diri saya sebagai "gua" baru nampak berlagak sikit kan??hehe

begini ceritanya, semalam gua tertarik dengan satu artikel di utusan seperti yang ditunjukkan di bawah,



tengok kan?? sampai paraguay dan iran pun nak sparring dengan team HM. Gua ni bukan la cakap tak sokong benda macam ni. perkara ini sememangnya bagus untuk HM. tapi masalahnya disini dimana matlamat atau "road to asia cup 2014" kita? dimana target kita untuk menaikkan ranking negara?? memang benar perlawanan sebegini boleh memberi pengajaran berguna kepada kita. tapi bukan kah lebih elok kalau kita "menyelam sambil minum air", mengadakan perlawanan kelas A dan sekaligus menaikkan ranking kita.

so, mungkin soalan timbul disini, "adakah ranking kita akan naik kalau kita lawan dengan lawan lebih kuat?". Jawapan gua ada dua. ya atau tidak.

ya - jika kita menang dengan lawan kita (easy)
tidak - jika kita kalah meskipun kita jaringkan satu dua gol ke pihak lawan.

soalan kedua, kenapa ranking kita tak naik walaupun menang emas bolasepak sukan sea??
perlu diingatkan yang bolasepak sukan sea tidak termasuk dalam acara rasmi FIFA sebagai satu event yang membolehkan negara memperolehi mata ranking. kita dapat pendedahan sahaja.

soalan ketiga, kita pernah menewaskan Indonesia di final AFF, kenapa tak naik juga?
ranking fifa dikira secara kumulative selama 4 tahun.

disini saya terangkan sedikit mengenai macam mana nak kira ranking.

P=M x I x T xC

P=Point ranking
M= mata perlawanan (3 untuk menang, 1 untuk seri dan 0 untuk kalah)
I = Kepentingan perlawanan(sama ada friendly, fifa qualifier, etc)
T =  kekuatan lawan(dikira sebagai (200-ranking lawan) tapi minumum point ialah 50)
C = kekuatan benua dalam bentuk coefficient (Asia / Africa = 0.86)

kemudian point tersebut akan dicampur dan dapatkan purata untuk tahun tersebut.

kemudian ranking point untuk 3 tahun terdahulu akan didarab dengan peratus seperti berikut:
untuk tahun terkini didarab dengan 100%, untuk tahun lepas didarab dengan 50%, untuk 2 tahun lepas didarab dengan 30% dan untuk 3 tahun lepas didarab dengan 20%.

kemudian semua tadi dicampur. jadi dapat la ranking point keseluruhan untuk negara tersebut.

             

cuba kita membuat perbandingan antara dua negara diatas, nampak kan macamana ia dikira.

apa yang kita lihat disini Thailand mempunyai ranking point lebih tinggi dari Malaysia. kerana apa??

perlawanan yg ditempuh Thailand lebih banyak (kerana thailand menghadapi kelayakan piala dunia) berbanding Malaysia, main dalam olimpik pun tiada point tau.

bersambung di part 2.

No comments:

Post a Comment

postive comment are most welcomed...Thanks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

coba-coba follow keyh..thanks

Sejuta Cinta - marshanda

About Me...and myself

My photo
currently at Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
complete addict with managerial football games..lovely to travel anywhere by flight